Tinggi

Bilamana kekalutan dunia bikin kita terpontang - panting. Kemana langkah kecil ini akan membawa kita?

Adakah betul mata kompas ini menghala ke kiblat inspirasi yang benar bermakna? Adakah setiap detik fikir-fokus-laku kita ini juga sama?

Waima kita ini hanyalah ordinari tanpa kuasa yang hebat, tetapi langit bukanlah sikap manusia. 

Maka, tinggi sangatkah kau?

Penutup

Aku
Bangkit
Dan terus melangkah.

Hari semalam
Hanyalah sejarah.

Pandang kehadapan
Bina mimpi baru.

Hati
Aku tutup kau.

Tapi
Ini bukan penutup!

Terbang

Tiada apa yang lebih sakit dari jatuh
Jatuh menghadap bumi.

Kau,
Tak ubah seperti lelaki lain
Pemberi harapan.

Kau,
Memberi & pergi
Saat aku mula terikat.

Mungkin
Semua salah aku
Maafkan aku.

Maafkan aku kerana telah terbang terlalu tinggi
Sehingga aku lupa,
Aku lupa tentang kesakitan apabila sayap aku patah.

Ye. Sekarang aku sedar dari mimpi

Sakit aku
kerana terbang.

Sangkut

Kau, kawan. Bukan lawan.
Adakala rimas. Adakala benci.
Tapi sunyi saat kau tiada.
Rindu saat kau hilang dari mata.

Tapi,
Kau kena izinkan aku terbang sendiri.
Cari kebahagiaan aku.
Cari si pencinta aku.

Kau halang. Kau cemburu.

Sebab kau tersangkut.

Mata kail yang tak pernah aku lempar padat kau.
Tapi kau sendiri ambil, dan kailkan pada kau.

Padahnya, kau sendiri sakit.


Waima aku sayang kau
tapi kawan tetap kawan.

Takkan hilang, takkan pergi.

Cabutlah 'sangkutan' itu....

Mungkinkah?

Kerna kau hanya sementara.
Tak. Kau tak kekal dan tidak akan pernah kekal.

Tidak aku tahu mana mahu tuju walaupun kiblatku sudah menunjukkan aku kejalanNya.
Untuk apa? Untuk siapa? Masih tiada jawapannya.

"She exhaled the smokes
hoping to lose the demons
that danced in her head"

Asap itu aku sedut dan hembus sepanjang hari
Dengan harapan, segala bala menimpa diri
Akan nyah dari hidup aku.

Walau aku cuma manusia ordinari
Tiada apa yang unik
Aku tetap pingin tahu
Siapakah aku yang sebenar.

Mungkin kau juga sama.
Mungkin ya.
Mungkin tidak.
Mungkin.


Bila kau punya kuasa veto

Aku dihalang untuk dipunya atau mempunyai
Dan kuasa apakah yang kau ada hingga
Kau boleh untuk memilih tetapi bukan untuk dipilih
Kau boleh mencari tetapi bukan untuk dicari
Kau boleh merasa dan bukan untuk dirasa.

Waima aku ini hanyalah seorang pencinta yang kerdil
Tetapi kau seakan ragu
Tidak meyakini dengan apa yang aku ada.

Gak punya apa apa kuasa aku ini.

Yang ada, cuma kau.

Kau lah yang punya kuasa veto itu!

Decided; Ended.

It's finally over
between you & me.

As much as it hurts
as long as you're fine;
I'm fine.

Bullshit.
If I was saying that I'll be doing fine,
without you.

However thank you
for letting me go
for setting me free
after all the hurts
and painful memories.

Bright & colorful memories
are now gone
I'll try my best
to color up my life, again
without you.

Kekeringan hati

Kepulan asap memenuhi ruang udara. Sedang aku menulis - sigaret di tangan tidak aku lepaskan. Apa nak jadi dengan aku pun aku tak tahu. Kadang kadang aku terfikir; betul ke apa yang aku buat ni? Segala benda yang aku buat ni. Betul ke? Apa point aku belajar? Apa point aku berkawan? Apa point aku bercinta?

Entah. Sekali fikir, aku jumpa tiada jawapan. Juta kali fikir, aku pun boleh gila.

Sumpah Pendekar nyanyian Sekumpulan Orang Gila terus bermain dalam kepala aku. Satu hari aku terbaring atas katil. Kelas tak pergi. Dah 4 hari berturut turut. Makan pun tak. Aku tak tahu apa nak jadi dengan aku.

Orang sekeliling aku yang konon nya kisah pasal aku sibuk bertanya apa masalah aku. Masalah? Oh aku baru sedar aku sekarang bermasalah. Apa masalah aku tah?

Aku menghidapi masalah jiwa akibat terbang terlampau tinggi bersama angan angan aku yg bewarna warni. Sekarang aku dah jatuh dan segalanya berubah. Sekelip mata, warna warna itu telah pergi.

Apa yang tinggal hanyalah hitam dan putih. Perit. Pedih. Sedih. Hati aku dirobek sedalam dalamnya. Tanpa aku mampu menangis lagi. Sayapku patah ketika aku megah terbang seperti helang yang gagah. Lalu jatuh. Tersungkur.

Warna yang terbang & bewarna warni;
Seakan mustahil untuk dikecapi........