Mungkinkah?

Kerna kau hanya sementara.
Tak. Kau tak kekal dan tidak akan pernah kekal.

Tidak aku tahu mana mahu tuju walaupun kiblatku sudah menunjukkan aku kejalanNya.
Untuk apa? Untuk siapa? Masih tiada jawapannya.

"She exhaled the smokes
hoping to lose the demons
that danced in her head"

Asap itu aku sedut dan hembus sepanjang hari
Dengan harapan, segala bala menimpa diri
Akan nyah dari hidup aku.

Walau aku cuma manusia ordinari
Tiada apa yang unik
Aku tetap pingin tahu
Siapakah aku yang sebenar.

Mungkin kau juga sama.
Mungkin ya.
Mungkin tidak.
Mungkin.