Terbang

Tiada apa yang lebih sakit dari jatuh
Jatuh menghadap bumi.

Kau,
Tak ubah seperti lelaki lain
Pemberi harapan.

Kau,
Memberi & pergi
Saat aku mula terikat.

Mungkin
Semua salah aku
Maafkan aku.

Maafkan aku kerana telah terbang terlalu tinggi
Sehingga aku lupa,
Aku lupa tentang kesakitan apabila sayap aku patah.

Ye. Sekarang aku sedar dari mimpi

Sakit aku
kerana terbang.