Segala hati

Kadang kala aku tertanya mengapa aku dijadikan seperti ini?
Aku sanggup memberika manusia seluruh jiwa & ragaku yang mereka entah ya atau tidak menjadi peneman & penyelamatku di akhirat nanti.

Aku tiada mengharapakan apa apa. Cukuplah sekadar menjadi peneman aku dikala aku sunyi & memerlukan. Arti kata lain, aku hanya mahu pinjam masa kau.
Sebentar cuma.
Tidak lama.

Apabila aku mencari ketika aku jatuh & dihurungi kesedihan,
kau tiada.

Jawapan lain yang dipinta semua nya jadi kata nista.

Tatkala kau sedih, sunyi dan jatuh menghadap bumi, tanpa kau pinta, aku sentiasa akan disisi.
Tidakkah kau sedar yang aku adalah sahabatmu yang sanggup berkorban masa dan segalanya; untuk kau?
Disaat manusia diatas bumi ini beradu dibuai mimpi, kau menangis. Meraung dan bersedih, aku sanggup mengabaikan masa tidur aku, semata engkau.
Masih lagi tidak nampak?

Kau alpa & hanyut dalam memberi cinta kepada si jejaka yang belum tentu halalnya pada masa akan datang.
Sedang aku. Sahabat kau yang pasti tidak akan pergi.

Janji diberi seperti menabur bertih untuk si ayam ayam santap. Hingga aku meragui kata manis yang ditabur keatas diri aku semasa kau jatuh & tak mampu terbang tinggi.


Harap kau tidak terbang terlalu tinggi. Takut kau akan jatuh lagi suatu hari nanti & akan patah hatinya.

Sahabatku Siti Hawa Azri;
Pulanglah kepada kau yang asal. Aku rindu.
Maaf. Aku tak mampu nak berbicara seperti dulu lagi.