Diam

Pesan aku
Jangan pernah sekalipun masuk campur
Hal rumah tangga orang
Hal peribadi orang
Kerana
Kau juga akan dipersalahkan di penghujungnya.

Pesan aku
Jangan pernah sekalipun
Biar orang masuk campur
Hal rumah tangga kita
Hal peribadi kita
Kerana
Kita juga akan dipersalahkan di penghujungnya.

Jadi,
Kalau dua dua situasi kita dipersalahkan
Apa patut kita buat?

Diam.
Tutup mulut.